Monday, July 2, 2007

KEJOHANAN FUTSAL SUKAN NRE 2007

Kejohanan Futsal Sukan NRE 2007 telah diadakan di Universiti Malaya,K.Lumpur pada 30 Jun & 01 Julai 2007. Pasukan INSTUN hanya layak ke peringkat Suku Akhir.

Peringkat Kumpulan:
1. INSTUN vs JUPEM (5-0)
2. INSTUN vs JKPTG (1-3)
3. INSTUN vs NRE (1-0)

1/4 Akhir
INSTUN vs JPSM (0-3)

**Kami akan jadikan pengalaman penyertaan kali pertama kami di Sukan NRE ini sebagai batu lonjatan untuk kami berjaya pada Sukan NRE yang akan datang. Insyaallah.




Saturday, February 3, 2007

KEJOHANAN FUTSAL HARI TERBUKA UPSI 2007

Kejohanan Futsal Hari Terbuka UPSI 2007 telah diadakan pada 03 Februari 2007. Ini adalah Kejohanan Pertama yang kami sertai selepas pembentukan pasukan. Alhamdulillah, rezki dari Allah s.w.t, pasukan INSTUN telah menjadi Naib Johan.












Monday, January 1, 2007

SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN FUTSAL INSTUN

Pasukan Futsal INSTUN telah ditubuhkan pada awal bulan Januari 2007. Pada asalnya disertai oleh ahli kariah surau INSTUN dibantu anak-anak staf yang mendiami kuarter INSTUN. Ianya bertujuan untuk menerima pelawaan perlawanan persahabatan dari Pasukan Staf UPSI yang diketuai oleh Ustaz Rosli, ustaz yang mengajar pengajian agama di surau INSTUN pada setiap hari Selasa.

Rentetan daripada perlawanan persahabatan tersebut, kami berbincang dan merasakan perlu meneruskan penubuhan pasukan futsal kerana disamping beribadah dan beriadah, kami dapat merapatkan hubungan sesama ahli pasukan serta pihak lawan. Malah secara tidak langsung , kami dapat mempromosi serta memperkenalkan INSTUN melalui sukan Futsal.