Monday, January 1, 2007

SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN FUTSAL INSTUN

Pasukan Futsal INSTUN telah ditubuhkan pada awal bulan Januari 2007. Pada asalnya disertai oleh ahli kariah surau INSTUN dibantu anak-anak staf yang mendiami kuarter INSTUN. Ianya bertujuan untuk menerima pelawaan perlawanan persahabatan dari Pasukan Staf UPSI yang diketuai oleh Ustaz Rosli, ustaz yang mengajar pengajian agama di surau INSTUN pada setiap hari Selasa.

Rentetan daripada perlawanan persahabatan tersebut, kami berbincang dan merasakan perlu meneruskan penubuhan pasukan futsal kerana disamping beribadah dan beriadah, kami dapat merapatkan hubungan sesama ahli pasukan serta pihak lawan. Malah secara tidak langsung , kami dapat mempromosi serta memperkenalkan INSTUN melalui sukan Futsal.